::the playground::

+++ it's all about proximate & ultimate +++

aku maseh MELAYU!

sepanjang hidup aku xpernah tringin nk bc hal2 politik xkire la dlm o luar ngr..tetibe hrni aku bukak chedet.com and aku jmp melambak2 blog yg dtg dari blogger pro dan anti k'jaan...MASYALLAH...byknyer masalh...aku sememangnya tahu...tp aku mmg xmau tahu sbb aku tahu kalo aku tahu...aku xtahu la~~~:p

artikel kat bwh ni menarik perhatian aku utk dkongsi ngn kengkawan...cam betol je semua ni..tp aku xpenah nk amik peduli...bkn x sayang negara seniri tapi sbb aku rs its not the time for me yet to take the burden,,hempok atas kepala yg dah memang sarat ngn serat+bebenang masalh yg kusut masai + blum diuraikan lagi.

my father? he always talking bout politics and he wants us to listen...and honestly i really hate that! dia nak anak2 dia semua tahu semua masalah negara ni n bagitau semua ahli politik yg dia xsuka...sampaikan hari mengundi pon dia suh pangkah apa yg dia pangkah!! hmm...aku pkir pnjg gile masa nk undi hrtu...nk pangkah sape??? the whole nite aku berfikir...patut ke aku pangkah sekian sekian?? serius mmg aku xtau apa pilihan aku..kalo nk ikutkan dua2 pon aku nyampah! tp at the end of the day i have to choose...mak risau kalo aku ikot ckp abah sbb aku keje gomen..takut affect my posting lak! so aku pon plan nk wat undi rosak..hehehe..tp ada org ckp diorg leh trace sape yg wat undi rosak ni sbb kat ketas undi ada no.rujukan..cam pelik la plak! bukan ke "undi anda adalah rahsia??" so lastly, i play safe...aku bangun lambat n xpegi undi! habis cerita..so habis lah plan aku nak merasa perasaan pegi mengundi for d 1st time...hahaha!!! in case org trace and p umah tny cr aku awat x p undi aku leh kelentong...pure2 jadi adik aku.." la...kakak saye mana balik mengundi...dia kat ipoh la..." hahahahahaha


1..(dipetik dari blogger fikir tajam)


  • Tahukah anda bahawa:
    Agihan 70% ekuiti untuk bukan Melayu tak pernah dipersoalkan selama ini

  • 99% premis perniagaan di bandaraya/perbandaran seluruh negara adalah hak milik kaum Cina dan tak pernah dipersoalkan
  • Penguasaan ekonomi oleh kaum Cina semenjak zaman Inggeris lagi tak pernah dipersoalkan
  • Punyalah luas kubur kaum Cina di Malaysia tak pernah dipersoalkan
  • Penyertaan yang menghampiri sifar para belia Cina sebagai ahli bomba, konstabel polis, pasukan tentera peringkat rendah tak pernah dipersoalkan
  • Selama bertahun-tahun kaum Cina membakar mercun memekak telinga semasa TBC dan CGM tak pernah dipersoalkan
  • Penghantaran memorandum oleh 10 menteri bukan Melayu ditelan pahit oleh pembesar Melayu walau cukup menggelegakkan darah bangsa dan anak watan
  • Martabat bangsa Melayu telahpun dihancurmusnahkan oleh AAB sebaik saja berbaik-baik dengan Singapura dan rakan Zionis
  • Malaysia di era AAB tak ubah hanya seperti budak pengilat kasut yang bisa saja ditekan diugut waima oleh Singapura yang tiada kewibawaan
  • AAB terus-terusan memperolokkan/memperbodohkan bangsa Melayu dengan mainan kata: 'modal insan!', 'towering Malay', 'RMK 9', 'kita ada banyak kerja yang nak dibuat', 'ketelusan', dan bermacam kata-kata bombastik yg ternyata hanya slogan, klise dan lebih teruk lagi dijajakan segenap masa dan ruang bahawa ekonomi kita semakin baik. Lihat angka-angkanya!
  • Manipulasi terus-terusan hanya bisa mengabui para pengundi lokos di kampung-kampung yang masih tak empunya elektrik, tak punya internet! Hari ini kita disogokkan dengan lagu 'kami sokong!', '2057', 'trilion', waduh! Tahukah anda 20 bilion hutang kad kredit di sepanjang 2006! Mana kuasa belinya beb?
  • Lagi satu KJ senang-senang dapat loan RM 9 juta. Siapa bagi? Apa cagaran? Rakyat diperlakukan sewenang-wenang, diperhebohkan di dada akhbar atas hanya hutang pinjaman pelajaran!
  • Change the goverment! Right now! Jangan harapkan keadilan. Jangan harapkan PAS. Jangan beri muka DAP. UMNO perlu distrukturkan! Reengineering! Bangunlah bangsa Melayu! Jangan terus diperbodohkan oleh kerajaan 3 beranak ini! Mereka hanya ingin mengumpul harta seberapa banyak yg boleh dikaut. Mana moralnya AAB bila asyik risaukan periuk nasi anak menantu?
    Bangunlah para graduan yang masih berpusing-pusing cari makan. Change the government!
    Reshuffle UMNO! Singkirkan orang-orang yg tak punya idealisme perjuangan! Bangkitlah bangsa Melayu. UMNO bukan untuk penyangak spt KJ, Musa Black, Shahrir, Nazri, AABebal, Ali Rustamiang.
    May 18, 2008 12:11 AM

2...(dipetik dari Dr.Muhammad Hussin)

YABhg Tun,
Saya perturunkan beberapa dapatan kajian yang menunjukkan kejayaan dasar yang telah Tun rintis disebalik kecaman masyarakat dan beberapa kemerosotan dasar kerajaan yang menghakis sokongan masyarakat terpelajar. Kajian ini dijalankan terhadap pelajar Matrikulasi tahun 2007 yang kini berada di Tahun 1 IPTA. Kajian berkisar tentang persepsi mereka terhadap pelbagai perkara. Kajian ini melibatkan 6760 pelajar dengan 37.9% pelajar lelaki manakala 61.8% adalah pelajar perempuan. Hampir 94% sampel adalah pelajar Melayu. Antara dapatan kajian diringkaskan seperti berikut:


Sebanyak 57.8% responden menyatakan kejayaan mereka banyak dibantu oleh pihak kerajaan manakala 11.9% menyatakan sebaliknya dan 29.4% tidak pasti.


Sebanyak 37.9% menyatakan mereka melihat etnik lain sebagai pesaing yang menakutkan manakala 34.8% tidak beranggapan sedemikian. Sebanyak 26.8% pula menyatakan mereka tidak pasti.


Dapatan kajian ini juga menunjukkan sebanyak 62.4% merasakan ulamasepatutnya diberikan kuasa memerintah negara ini manakala hanya 9.1% tidak bersetuju dengan pandangan ini. Sebanyak 28.2% menyatakan tidak pasti.


Dapatan kajian juga menunjukkan sebanyak 29.7% bersetuju bahawa pengebom berani mati Islam adalah pejuang jihad yang patut dicontohi. Sebanyak 37.8% tidak bersetuju dengan pandangan ini manakala 31.7% tidak pasti.


Sebanyak 83.2% menyatakan bahawa Malaysia ialah sebuah negara yang cemerlang dan boleh dibanggakan.
Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa 77.9% pelajar bersetuju dengan dasar pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris. Hanya 8.3% menyatakan mereka tidak bersetuju dengan dasar tersebut.
Sebanyak 12.8% pelajar menyatakan mereka tidak perlu berterima kasih kepada kerajaan atas kejayaan mereka kerana kejayaan ini adalah semata-mata kerana usaha mereka sendiri manakala 18.7% pula tidak pasti.
Sebanyak 53.5% menyatakan kehidupan mereka tidak terkongkong.


Sebanyak 23.2% menyatakan bahawa kerajaan Persekutuan tidak berjaya memberi faedah pembangunan kepada setiap orang. Sebanyak 40.4% pula menyatakan sebaliknya manakala 35.8% memberi jawapan tidak pasti.


Majoriti pelajar menyatakan kesediaan menerima etnik lain sebagai jiran (76.2%) manakala 48.2% menyatakan kesediaan menerima etnik lain sebagai anggota keluarga. Sebanyak 71.5% pula bersedia menerima etnik lain sebagai rakan niaga.


Sebanyak 31.6% menyatakan bahawa parti politik mana sekali pun boleh memerintah Malaysia dan menjamin pembangunannya manakala 33.7% tidak bersetuju dengan pernyataan ini. Sebanyak 34.0% pula memberi jawapan tidak pasti.


Sebanyak 50.8% menyatakan kerajaan Persekutuan mempunyai sistem pentadbiran yang adil manakala sebanyak 35.5% pula tidak pasti.


Semua indikator ini nampaknya agak selari dengan senario politik semasa. Saya kira ketuanan Melayu masih boleh diselamatkan.

0 comments: